HARI HAKKA DI KAMPUNG DAERAH JELEBU

  • Posted on: 23 February 2020
  • By: webadmin2

Pada hari ke-20 Tahun Baru Cina, tiga kampung baru daerah Jelebu, Negeri Sembilan yakni Kampung Baru Titi, Kampung Baru Sungai Muntoh dan Kampung Baru Petaling julung kalinya bergabung bagi menyambut Hari Hakka yang turut dikenali sebagai Hari Bu Tian Chuan. Bagi penduduk kampung yang berketurunan Hakka, mereka percaya bahawa hari ini langit akan berlubang (hujan), maka majoriti mereka yang bercucuk tanam akan rehat sehari. Antara aktiviti utama termasuklah aktiviti mengoreng kuih bakul. Orang Hakka percaya bahawa kuih bakul yang melekit akan bantu untuk menutup semula lubang langit. Semoga segalanya membawa keberkatan dan kekayaan!