KAMPUNG BAGAN KUALA SEPETANG

  • Posted on: 22 August 2019
  • By: webadmin2

Kuala Sepetang, kampung bagan yang dahulunya dikenali sebagai Port Weld. Pelabuhan yang berumur lebih daripada 100 tahun ini merupakan salah satu pelabuhan utama bagi tujuan perdagangan semasa pemerintahan British. Boleh dikatakan rata-rata penduduk Kuala Sepetang menjadikan tangkapan hasil laut sebagai punca utama pendapatan mereka.

Kampung Bagan ini mempunyai keunikan ekosistem yang tersendiri. Selain daripada khazanah hutan paya bakau yang terbesar di semenanjung Malaysia dan hasil tangkapan laut yang segar, di sini juga terdapat kilang pembuatan arang yang unik.

Adakah anda telah bosan dengan suasana hiruk piruk kehidupan bandar? Luangkanlah masa dan marilah sama-sama kita menerokai keunikan dan keindahan alam semulajadi Kampung Bagan Kuala Sepetang. Kampung Bagan Kuala Sepetang, Perak menantikan anda!