KAMPUNG BARU BUKIT PELANDOK

  • Posted on: 17 February 2020
  • By: webadmin2

Pembangunan dan kejatuhan Kampung Baru Bukit Pelandok amat berkait rapat dengan industri khinzir. Wabak virus Nipah telah menyebabkan penduduk kampung kehilangan segala-galanya. Tetapi dengan sikap keteguhan dan kegigihan, mereka berjaya membina semula rumah mereka sedikit demi sedikit. Disebabkan semangat kegigihan mereka ini, barulah Kampung Baru Bukit Pelandok dapat berkekalan sehingga ke hari ini. Bazaar Kebudayaan dan Kreatif Xiao Feel 7.0 yang diadakan di kampung ini berbeza dengan bazaar yang dianjurkan sebelum ini.

Bazaar pada kali ini menggabungkan kerjasama 4 kampung iaitu Kampung Baru Tanah Merah Site A, Site C, Sungai Nipah dan Kampung Chuah bersama-sama menganjurkannya. Bazaar ini disertai oleh lebih daripada 100 gerai di mana 30% gerai adalah terdiri daripada makanan tempatan, produk tempatan dan kraftangan tempatan. Ia merupakan bazaar yang terbesar pernah dianjurkan di Bukit Pelandok beberapa tahun ini. Aktiviti ini diadakan hasil kerjasama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung, kumpulan professional, media massa dan sebagainya. Semangat dan kesitimewaan Kampung Baru perlu disusun semula supaya jalan cerita yang baru dapat ditonjolkan kepada orang ramai untuk membuka lebih banyak potensi pembangunan dan kerjasama pelbagai pihak.