KAMPUNG BARU VALDOR : PETA MAKANAN

  • Posted on: 17 February 2020
  • By: webadmin2

 

Sebagai seorang pelawat, peta yang sering kita dapat hanya menunjukkan lokasi kawasan sahaja. Pernahkah anda terfikir bahawa selain penunjuk lokasi, peta itu juga boleh dijadikan sebagai penunjuk keistimewaan dan makanan kampung?

Peta Makanan Kampung Baru Valdor yang terletak di Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang: satu peta istimewa yang dihasilkan khas oleh para penduduk melalui pengundian mereka yang berusaha memilih makanan yang paling sedap bagi mencoret kenangan manis para pelawat. Setiap lokasi makanan yang dicatatkan dalam peta merupakan pengesyoran penduduk kampung. Ayuh sama-sama kita menerokai keistimewaan Kampung Baru Valdor ini.