ORKESTRA CINA KAMPUNG BARU AMPANG

  • Posted on: 27 March 2020
  • By: webadmin2

<p>Orkestra Cina Kampung Baru Ampang ditubuhkan pada tahun 1970. Selaras dengan peredaran masa, okestra ini telah berkembang menjadi orkestra yang unik di Malaysia dengan penerapan pelbagai budaya dan penggunaan pelbagai alat muzik dalam persembahannya.

Orkestra ini mengalami kekurangan sumber kewangan semasa ia ditubuhkan. Oleh itu, ahli pasukan okestra perlu menghasilkan instrument muzik mereka dengan menggunakan bahan-bahan seperti papan pemotong, tempurung kelapa dan sebagainya. Ini menunjukkan bahawa kekangan kewangan bukan merupakan penghalang kepada mereka untuk menceburi bidang orkestra ini.

Pasukan orkestra ini mempunyai pelbagai kenangan persembahan yang menarik hasil latihan mereka selama ini. Pasukan orkestra ini juga telah berkembang kepada penerapan pelbagai budaya dalam persembahan mereka. Mereka bukan sahaja mempunyai ahli pasukan dari pelbagai umur, malah setiap ahli pasukan amat dedikasi dan komited untuk menghadiri latihan setiap minggu. Dengan peredaran masa, pasukan orkestra in telah berjaya mengharungi segala cabaran dan rintangan yang dihadapi.

Muzik merupakan suatu aktiviti yang memerlukan bakat dan ketabahan. Diharapkan orang-orang muda dapat bersama-sama ahli pasukan senior untuk memainkan peranan mereka dalam memperkenalkan lebih banyak pertukaran budaya, supaya seni muzik ini dapat terus berkembang dalam komuniti ini.</p>