Pelaksanaan Aktiviti Geran MPKK

Pelaksanaan Aktiviti Geran MPKK adalah untuk memperkasa kembali bottom-up planning di mana masyarakat kampung dapat mencetuskan idea sendiri, merancang dan bertindak berasaskan keupayaan kampung sendiri. Selain itu, ia juga bertujuan meningkatkan keupayaan MPKK dalam melaksanakan program berbentuk kemasyarakatan yang berkualiti di samping meringankan beban perbelanjaan program kemasyarakatan yang perlu ditanggung oleh MPKK.

SKOP PROGRAM

Sebagai usaha untuk menyokong Dasar Komuniti Negara bagi memberdaya komuniti setempat, program-program yang diberikan fokus utama adalah seperti berikut:

 

KAEDAH PERMOHONAN

  • MPKK yang ingin memohon geran untuk melaksanakan program perlu mengemukakan borang permohonan melalui PKP masing-masing.
  • Tatacara dan Borang permohonan geran boleh diperolehi daripada PKP (Mohon rujuk direktori PKP untuk mendapatkan talian komunikasi PKP mengikut daerah dan negeri masing-masing).