Pembangunan Sosial Kampung Baru

Pelaksanaan program-program berbentuk kemasyarakatan atau program komuniti di Kampung-kampung Baru

PENGENALAN

  1. Mesyuarat Jemaah Menteri pada 27 Jun 2018 telah bersetuju bahawa Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) diberikan geran sehingga maksimum RM10,000.
  2. Tujuan pemberian geran ini adalah untuk memperkasa kembali bottom-up planning di mana masyarakat kampung dapat mencetuskan idea sendiri, merancang dan bertindak berasaskan keupayaan kampung sendiri.
  3. Selain itu, ia juga bertujuan meningkatkan keupayaan MPKK dalam melaksanakan program berbentuk kemasyarakatan yang berkualiti di samping meringankan beban perbelanjaan program kemasyarakatan yang perlu ditanggung oleh MPKK.

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN GERAN

  1. MPKK bagi Kampung-kampung yang dilantik oleh Pihak Berkuasa Melantik yang berkaitan sahaja layak untuk memohon.
  2. Semua permohonan perlu dikemukakan oleh MPKK melalui Pegawai Kemajuan Perkampungan (PKP) masing-masing.
  3. Permohonan boleh dibuat bermula pada 1 Januari sehingga 31 Oktober setiap tahun.
  4. Geran maksimum yang boleh diterima oleh satu MPKK adalah sehingga RM10,000 sahaja untuk satu tahun.
  5. Hanya borang permohonan dan dokumen sokongan yang lengkap diterima sahaja akan dipertimbangkan.
  6. Permohonan perlu dikemukakan sekurang-kurangnya 1 bulan sebelum tarikh cadangan program.
  7. Permohonan geran adalah untuk pelaksanaan program dalam tahun semasa sahaja dan program tersebut perlu dilaksanakan oleh MPKK sendiri.