PROGRAM BANTUAN BAIK PULIH RUMAH

  • Posted on: 20 September 2019
  • By: webadmin2

Program Bantuan Baik Pulih Rumah telah dimulakan pada tahun 2016 dan bertujuan untuk meningkatkan kualiti dan taraf hidup keluarga miskin Kampung Baru dengan membaik pulih rumah yang telah rosak supaya keperluan asas kehidupan mereka dijaga. Komponen program ini termasuk membaik pulih rumah yang usang, rosak akibat bencana alam atau kebakaran.

Registrasi keutamaan diberikan kepada golongan miskin yang terdiri daripada warga emas, uzur dan orang kurang upaya (OKU) dan Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai ramai tanggungan.