PROGRAM KOMUNITI KAMPUNG BARU
Tahukah anda, setiap Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) boleh memohon peruntukan tidak melebihi RM10,000 daripada Bahagian Kampung Baru JKT untuk melaksanakan program komuniti?
Program-program komuniti berbentuk perayaan, kebudayaan, alam sekitar, wanita, pendidikan, aktiviti kesihatan dan lain-lain boleh dimohon menggunakan peruntukan program komuniti Kampung Baru ini bagi meningkatkan semangat kemanusiaan dan perpaduan masyarakat di Kampung Baru.