PROGRAM PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR (KAMPUNG BARU SALAK SELATAN)

  • Posted on: 15 November 2019
  • By: webadmin2

Setiap Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) boleh memohon peruntukan pembangunan infrastruktur tidak melebihi RM100 ribu untuk projek-projek di bawah Bahagian Kampung Baru. Projek-projek seperti menaiktaraf jalan, longkang, taman rekreasi dan dewan orang ramai boleh dimohon menggunakan peruntukan pembangunan infrastruktur ini. Kampung Baru Salak Selatan yang terletak di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah memohon peruntukan pembangunan ini untuk menaik taraf perpustakaan di dalam kampung mereka. Perpustakaan ini telah ditubuhkan selama 12 tahun dan berada di sebelah koridor dewan orang ramai dan tadika di kampung ini. Perpustakaan ini asalnya adalah sebuah dapur. Lokasi, ruang dan reka bentuk perpustakaan ini tidak sesuai digunakan sebagai tempat membaca menyebabkan amalan membaca semakin berkurangan. Oleh yang demikian, MPKK memutuskan untuk mengubahsuainya kepada ruang awam yang serba guna. Tey Tat Sing, arkitek yang bertanggungjawab dalam projek pengubahsuaian perpustakaan ini, menggunakan tema rumah kampung baru sebagai ilhamnya. Pembinaannya menggunakan kayu dan kraftangan supaya ia kelihatan mempunyai haba kemanusiaan. Reka bentuknya menggabungkan ruang luar dan dalam, supaya ia kelihatan lebih luas dengan binaan separa terbuka dan menerapkan konsep “menghala ke arah manusia”.