Program Skim Pinjaman Khas Penduduk Kampung Baru (PKBC)

Skim Pinjaman Khas Penduduk Kampung Baru Cina ataupun dikenali sebagai PKBC merupakan salah satu program dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) yang dilancarkan pada 21hb Julai 2011 untuk membantu penduduk Kampung Baru mendapatkan pinjaman mudah dengan kadar faedah yang rendah iaitu sebanyak 4% berasaskan baki bulanan (fixed monthly rest) dalam membayar bayaran premium tanah, membiayai aktiviti perniagaan mikro dan menaik taraf rumah.

Bahagian Kampung Baru, Jabatan Kerajaan Tempatan (BKB, JKT) merupakan agensi kawal selia manakala Bank Simpanan Nasional (BSN) merupakan agensi pelaksana PKBC. Kerajaan telah menyalurkan peruntukan berbentuk dana pusingan kepada Bank Simpanan Nasional untuk melaksanakan Skim Pinjaman Khas ini yang terdiri daripada 3 skim iaitu:

CIRI-CIRI

SKIM A

SKIM B

SKIM C

Jenis Pinjaman

PINJAMAN MEMBIAYAI BAYARAN PREMIUM PAJAKAN TANAH

PINJAMAN PERNIAGAAN MIKRO

PINJAMAN MENAIK TARAF RUMAH

Kelayakan

  • Warganegara Malaysia
  • Penduduk di dalam perkampungan baru cina
  • Pemegang permit Tanah TOL atau tanah pajakan
  • Perlu mendapat pengesahan daripada Pengerusi MPKK dan Pegawai Kemajuan Perkampungan bahawa pemohon adalah penduduk Kampung Baru Cina.

Saiz Pinjaman

RM3,000.00 - RM100,000.00

RM5,000.00 - RM50,000.00

RM3,000.00 - RM50,000.00

Tempoh Pembiayaan

  • Minima : 2 tahun
  • Maksima :
  1. Sehingga 5 tahun bagi pinjaman ≤ RM10,000
  2. Sehingga 10 tahun bagi Pinjaman > RM10,000
  • Minima : 1 tahun
  • Maksima : 5 tahun

  • Minima : 2 tahun
  • Maksima :
  1. Sehingga 5 tahun bagi pinjaman ≤ RM10,000
  2. Sehingga 10 tahun bagi pinjaman > RM10,000

Tanah Kediaman

Tanah Pajakan atau Lesen Menduduki sementara (TOL – Temporary Occupation Licence) untuk kediaman

Tidak Terpakai  (Not Applicable)

Rumah kediaman di dalam Tanah Pajakan atau Lesen Menduduki sementara (TOL – Temporary Occupation Licence)

Akaun BSN

Perlu memiliki atau membuka Akaun GIRO/GIRO-i BSN

Perlu memiliki atau membuka Akaun GIRO/GIRO-i BSN

Perlu memiliki atau membuka Akaun GIRO/GIRO-i BSN

Kadar Faedah

4% setahun tetap berasaskan baki bulanan (fixed monthly rest)

4% setahun tetap berasaskan baki bulanan (fixed monthly rest)

4% setahun tetap berasaskan baki bulanan (fixed monthly rest)

Caj Penjelasan Awal

Tidak ada

Tidak ada

Tidak ada

Umur

Warganegara Malaysia berumur 21 tahun dan ke atas dan tidak melebihi 65 tahun semasa menamatkan pinjaman.

Pekerjaan

Pekerjaan yang tetap atau bekerja sendiri

Individu yang bekerja sendiri atau perusahaan mikro (micro enterprise)*

* Perusahaan Mikro didefinisikan sebagai entiti perniagaan yang mempunyai jualan tahunan kurang daripada RM300,000 ATAU bilangan pekerja sepenuh masa kurang daripada 5 orang.

Pekerjaan yang tetap atau bekerja sendiri

Pendapatan

1) Pendapatan isi rumah :

RM1,000 sehingga RM4,000

Nota : Pendapatan isi rumah

= pendapatan suami + pendapatan isteri

Tidak Terpakai (Not Applicable)

1) Pendapatan isi rumah :

RM1,000 sehingga RM4,000

Nota : Pendapatan isi rumah

= pendapatan suami + pendapatan isteri

2) Pendapatan peminjam / pemohon dan peminjam / pemohon bersama:

RM1,000 sehingga RM10,000

Nota: Hubungan pertalian suami / isteri / anak kandung / anak angkat yang disahkan mengikut undang-undang kepada pemegang – tanah “TOL” atau tanah pajakan.

Lain-lain

  • Satu (1) salinan kad pengenalan (depan dan belakang) dan perlu disahkan oleh BSN;

  • Surat tawaran pemberimilikan semula tanah atau pembaharuan pajakan yang telah tamat dari Pejabat Tanah Negeri;

  • Borang / Notis 5A (Seksyen 81 dan 82) – Notis Bahawa Hasil Tanah Harus Dibayar – Kanun Tanah Negara

  • Bukti pertalian suami / isteri / anak kandung / anak angkat yang disahkan mengikut undang-undang

Perniagaan dalam bentuk:-

  • Pemilikan Tunggal (sole proprietorship); atau
  • Perkongsian (partnership); atau
  • Syarikat Sdn. Bhd.; atau
  • Individu yang mendapat pengesahan Pengerusi MPKK dan PKP

Perniagaan telah didaftarkan (SSM) atau ada lesen Perniagaan (PBT) atau kedua-duanya. Sekiranya tidak tergolong dalam mana-mana yang tersebut di atas, pengesahan Pengerusi MPKK dan PKP.

Mengemukakan salinan penyata bank 6 bulan terkini atau rekod jualan.

  • Satu (1) salinan kad pengenalan (depan dan belakang) dan perlu disahkan oleh kakitangan / pegawai BSN;

Nota:

Alamat kediaman di kad pengenalan peminjam / pemohon adalah dalam Kampung Baru Cina sahaja layak untuk memohon.

  • Bukti pertalian suami / isteri / anak kandung / anak angkat yang disahkan mengikut undang-undang
  • Sebut harga daripada mana-mana pihak. Tidak perlu menggunakan syarikat berdaftar
  • Salinan Geran atau Surat Tawaran Pemilikan Tanah yang disahkan

Pembiayaan diperluaskan kepada:-

  • Peniaga sepenuh masa; atau
  • Peniaga yang berniaga secara sambilan

Pembiayaan dibuka kepada perniagaan yang telah beroperasi atau yang baru memulakan perniagaan

Pinjaman diberi untuk tujuan:-

  • Modal pusingan (working capital)
  • Pembelian asset (capital expenditure).

  • Lawatan tapak – Bank berhak untuk membuat lawatan tapak dan mendapatkan gambar projek naiktaraf rumah yang dilaksanakan. Bank berhak menarik balik Pinjaman sekiranya terdapat sebarang perlanggaran perjanjian berlaku.

Mohon hubungi PKP daerah masing-masing untuk keterangan lanjut.