SIRI 1: PUAN TEH CHIN LOOI - PENGERUSI MPKK KAMPUNG BARU MAMBAU

  • Posted on: 2 March 2020
  • By: webadmin2

Pemberdayaan wanita merupakan topik yang menjadi tumpuan sejak kebelakangan ini. Sempena dengan Hari Wanita Sedunia yang akan datang, beberapa siri video temu bual dengan pemimpin wanita di Kampung Baru akan ditayangkan untuk menggalakkan lebih ramai wanita melibatkan diri dalam pentadbiran kerajaan. Pada zaman kini, adakah lelaki masih bekerja di luar dan wanita tinggal di rumah? Puan Teh bukan sahaja merupakan seorang suri rumah, malah beliau merupakan Ketua Kampung bagi Kampung Baru Mambau. Marilah kita bersama-sama menyaksikan bagaimana beliau menguruskan kampung beliau.