SIRI 2: PUAN THERESA LIM - PENGERUSI MPKK KAMPUNG BARU CHEMPAKA

  • Posted on: 9 March 2020
  • By: webadmin2

Walaupun Puan Therresa berbadan kecil, beliau mampu menguruskan kampungnya dengan baik dan teratur. Sepanjang tempoh perkhidmatannya, beliau memastikan persekitaran kampungnya sentiasa dalam keadaan bersih. Beliau bukan sahaja membawa pasukan perubatan luar untuk membantu penduduk kampung yang memerlukan bantuan perubatan, malah beliau telah menubuhkan perpustakaan komuniti di kampung beliau. Sebagai ketua kampung wanita, beliau menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan. Marilah kita saksikan bagaimana beliau mengatasi cabaran dan rintangan ini.