SIRI 3: PUAN ONG VI THON - PASUKAN BOMBA SUKARELA KAMPUNG BARU BERAPIT

  • Posted on: 16 March 2020
  • By: webadmin2

<p>Kebiasaannya kegiatan rutin harian Puan Wong adalah membawa anak ke sekolah dan melakukan kerja rumah. Namun begitu, beliau juga akan menjalani latihan sebagai anggota pasukan bomba sukarela jika berkelapangan. Sejak kebelakangan ini, penyertaan wanita sebagai anggota pasukan bomba sukarela di kampung ini telah melebihi 50% daripada keseluruhan anggota. Keadaan ini menunjukkan peningkatan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan keselamatan dan pencegahan kebakaran yang akan memberi kesan positif terhadap pembangunan komuniti.</p>