SIRI MUZIUM DAN PERPUSTAKAAN KOMUNITI KAMPUNG BARU

  • Posted on: 17 February 2020
  • By: webadmin2

Cikgu Wee Chong Joi merupakan Pengerusi Persatuan Sejarah dan Kebudayaan Cina Kelantan. Beliau berasal dari keturunan Guang Dong Hakka. Beliau dan isterinya merupakan guru di sekolah Cina. Selepas bersara, beliau memulakan kerja penyelidikan migrasi masyarakat Cina ke Kelantan selepas pakciknya bercerita kepada beliau mengenai kisah sejarahnya. Pada asalnya, beliau hanya mengkaji sastera lama dan dokumen sejarah, kini beliau telah berkunjung ke banyak kampung Cina untuk membuat lawatan tapak dan menemu bual masyarakat tempatan.

Pejabat Persatuan Sejarah dan Kebudayaan Cina Kelantan yang terletak di Kampung Cina, Kota Bharu, juga merupakan tempat tinggal Cikgu Wee. Beliau menjadikan sebahagian daripada rumahnya sebagai ruang pameran dan penyimpanan dokumen sejarah migrasi masyarakat Cina ke Kelantan yang dikumpulnya selama bertahun-tahun. Antaranya adalah barang berharga yang ditinggalkan oleh Kapitan Xie Qing Hui seperti plak, kuplet, perabot kayu dan sebagainya.

Setiap keluarga dan rumah orang Cina di sini mempunyai plak moyang yang mencatatkan kelahiran, umur kematian, keturunan nenek moyang dan kisah penghijrahan mereka ke Kelantan. Maklumat pada plak moyang ini adalah bukti yang penting dalam kajian migrasi masyarakat Cina ke Kelantan.

Walaupun Cikgu Wee yang kini berumur 88 tahun telah mengumpul hampir 90% maklumat mengenai migrasi masyarakat Cina ke Kelantan, tetapi beliau tidak berhenti di sini saja. Beliau percaya bahawa dia masih boleh meneruskan kerja penyelidikannya dan amat berharap terdapat orang yang berminat untuk meneruskan kajiannya pada masa hadapan.