SIRI MUZIUM DAN PERPUSTAKAAN KOMUNITI KAMPUNG BARU 2

  • Posted on: 17 February 2020
  • By: webadmin2

Cikgu Lee Kim Sin atau Cikgu Lee merupakan Pengerusi Pusat Warisan Kajang. Beliau tinggal di Kajang hampir 32 tahun dan pernah bekerja sebagai guru di sebuah sekolah menengah di Kajang. Selepas meletak jawatan sebagai guru, beliau menumpukan perhatian kepada kerja-kerja pemuliharaan warisan sejarah di Kajang. Dalam beberapa tahun ini, beliau telah turun padang melawat dan membuat kajian di daerah Hulu Langat. Beliau menemu bual warga emas untuk mengumpul kisah sejarah tempatan. Beliau juga menggabungkan 18 pertubuhan Cina di Kajang untuk bersama-sama mengkaji warisan sejarah di Hulu Langat. Kaedah kajian mereka termasuk menemu bual warga emas dan mengumpul maklumat dari arkib negara, tokong dan batu nisan.

Beliau telah berjaya menubuhkan muzium rakyat yang pertama di Malaysia iaitu Pusat Warisan Kajang. Pusat Warisan Kajang ini terletak di tingkat atas Kelab Saudagar-saudagar Kajang dan digunakan untuk menyimpan dan mempamerkan bahan-bahan peninggalan sejarah. Setiap bahan peninggalan di sini mempunyai kisahnya tersendiri. Semua bahan, perkakas dan peralatan adalah disumbang oleh komuniti di sini.

Setiap minggu terdapat ramai orang datang melawat ke Pusat Warisan Kajang termasuk cendekiawan tempatan dan luar negara. Pelajar sekolah dan universiti juga kerap mencari beliau untuk bekerjasama dalam projek komuniti. Tujuan Pusat Warisan Kajang adalah untuk memacu pendidikan kemanusiaan dalam komuniti Kajang selain memupuk dan meningkatkan kesedaran budaya tempatan. Pusat Warisan Kajang juga melatih sekumpulan pemandu pelancong supaya penduduk tempatan dan orang luar dapat lebih memahami kisah menarik jalan-jalan lama, tokong dan sebagainya di Kajang.

Cikgu Lee berharap Pusat Warisan Kajang dan Komuniti Hub Kajang boleh membawa pembaharuan baru di Kampung-kampung Baru. Beliau juga berharap terdapat orang baru yang boleh menyumbang tenaga kepada komuniti mereka sendiri dan juga di Kampung Baru.

COPYRIGHT © 2019 KPKT ALL RIGHTS RESERVED