SIRI MUZIUM DAN PERPUSTAKAAN KOMUNITI KAMPUNG BARU 3

  • Posted on: 17 February 2020
  • By: webadmin2

 

Lee Soon Yong adalah penyelia Little Giraffe Storyhouse yang terletak di Kampung Baru Batu 11, Cheras. Beliau yang mempunyai kelulusan seni bina telah melepaskan perkerjaannya yang bergaji tinggi untuk mengambil alih tugas sebagai penyelia Little Giraffe Storyhouse bagi menyediakan kemudahan perpustakaan komuniti kepada masyarakat setempat. Perpustakaan komuniti (Little Giraffe Storyhouse) ini asalnya ditubuhkan di dalam sebuah kontena sebelum berpindah ke sebuah rumah lama di Kampung Baru Batu 11, Cheras. Hasil pengubahsuaian ke atas rumah tersebut, separuh daripadanya dijadikan sebagai perpustakaan komuniti manakala selebihnya sebagai café. Little Giraffe Storyhouse ini berfungsi sebagai perusahaan sosial (social enterprise).

Little Giraffe Storyhouse akan mengadakan aktiviti dari semasa ke semasa. Selain aktiviti perkongsian cerita, kelas kraftangan turut diadakan untuk mengeratkan silaturahim antara ibu bapa dan anak-anak. Cikgu dan ibu-ibu juga akan dijemput untuk bercerita kepada kanak-kanak yang menyertai aktiviti yang dianjurkan.

Penyelia Little Giraffe Storyhouse berpandangan setiap komuniti perlu ada perpustakaan komuniti. Beliau berusaha sedaya upaya menggunakan kepakarannya untuk meningkatkan amalan membaca di kalangan masyarakat setempat. Beliau berharap pengetahuannya dapat berkembang ke serata tempat untuk mempengaruhi orang ramai. Beliau turut yakin dan percaya setiap komuniti mempunyai keupayaan dan cara tersendiri untuk memulakan perpustakaan komuniti.